Sunday, October 8, 2017

Reset factory setting Huddle Yes 4G XS Wimax




       Setelah banyak kali percubaan akhirnya berjaya jugak. Penat nak mampoih melayan kedegilan huddle ni meresetkan dirinya. Nasib tak pegi rujuk service centre esok. Haritu mudah je..kali ni degil sangat kenapa ntah. Bikin gue bengang dan emo betol la. Dah la lapar gila tadi hmmm 😠😠😠

       Boleh la guna huddle ni untuk habiskan data broadband Yes 4G Altitude. Dah hampir setahun membazir je kan. Ok la tu 2G sebulan tengok movie pun berbaloi.

       Kat sini ai nak share sikit cara nak reset benda alah ni sebagai panduan di masa akan datang ok. Kot2 ai pun terlupa pulak nanti..haa jenuh ooi.

Step to reset huddle:

Hardware:

1. Turn on your Huddle
2. Press and hold the Power Button for approximately 30 seconds.
3. After the LED turns solid yellow, release the Power Button and the Huddle will turn off.
4. Your Huddle has been reset to the default settings. The SSID name will become : "YES The Amazing - 000XXX" lebih kurang macam tu la.
5. Then bukak web  browser taip 192.168.1.1, u will be directed to a page yang request ID and password. (Hint: The default User Name and Password are “admin.”)
6. Then set la SSID name and password baru kat basic setting tu --> Save.
7. Your device will be restart automatically. Haa lepas tu dah boleh guna ok.


Device Home Page (Web administration):-

1. Go to http://192.168.1.1, login with your device username / password (Hint: admin)
2. In Advanced Settings, go to Management > Upgrade. Proceed by clicking “Factory reset”.

        Actually ai failed press power button tadi. Nama huddle yang default tu tak keluar2 ..geram ai..asyik dok mintak network security setting pastu apa yang ai bubuh semua salah.mau tak bengang. 3 jam kot dok cuba. Hmmm..nasib la selepas google berkali2..last2 jumpa hint dekat image yang cakap " boleh juga tekan push button pada device"..ai belasah la press power button tu masa dah buka bahagian "key in network security yang tunjuk gambar router/modem tu" pastu Alhamdulillah BERJAYA!!! Haa ni baru la YES!!!

        Pastu isi la apa yang patut kat setting tu ye.. account name (@yes.my) yang memang dah ada tu. Sebab huddle ni jenis tak pakai simcard. So set secara maya ja.

       Then set nama huddle/SSID/Internet korang -->> bagi la satu nama yang unik gitu. Pastu create a strong password gitu. Password ni mesti la ada gabungan huruf + nombor + huruf kecil + huruf besar + aksara. Baru la secure sikit. Orang nak hack pun susah nanti.

Thursday, September 14, 2017

Perabot IKEA

Barang IKEA ni lawa tp nak pesan dari personal shopper macam mahal pulak upah diorang ambik. Kalau untuk barang besar ok la kan sebab kita sendiri pun tak larat nak usung. Tapi kalau setakat barang kecik2 bagus p borong sendiri ja. tapi itu la..nak pergi beli sendiri jauh pulak. Hmmmmm krik2 ajela


Prince Mateen penyeri Sukan Sea KL 2017


Rich, masculine and young gentleman, sapa tak suka kan? Beliau berada di kedudukan ke-6 takhta Brunei



Kemangkatan DYMM Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Muazzam Shah 11 Sept 2017 (Selasa)


       



Suasana sedih menyelubungi Negeri Kedah di atas kehilangan seorang Sultan berjiwa rakyat. Rakyat Negeri Kedah diarahkan berkabung selama 7 hari dan mengenakan pakaian berkabung yang sesuai. Bendera juga perlu dikibar separuh tiang.

          Tatacara pemakaian semasa tempoh berkabung 11-17 September 2017.

1. Lelaki Islam songkok berlilit putih (saiz 1 inci) dan perempuan bertudung gelap.
2. Lelaki bukan Islam mengenakan lilitan putih (saiz 3 inci) di lengan sebelah kiri dan perempuan pakaian yang sopan.




Friday, June 3, 2016

AADC2 Tentang Seseorang

   

Ku lari ke hutan, kemudian menyanyiku
Ku lari ke pantai, kemudian teriakku
Sepi-sepi dan sendiri
Aku benci

Aku ingin bingar,
Aku mau di pasar
Bosan Aku dengan penat,
Dan enyah saja kau pekat
Seperti berjelaga jika Ku sendiri

Pecahkan saja gelasnya biar ramai,
biar mengaduh sampai gaduh,
Ada malaikat menyulam jaring laba-laba belang di tembok keraton putih,
Kenapa tak goyangkan saja loncengnya, biar terdera
Atau aku harus lari ke hutan lalu belok ke pantai?

Wednesday, June 1, 2016

Krabi 30 mei isnin

Im still at krabi guys 😍😍


     Pagi2 dah packing barang sebab dah nak balik malaysia..owh sungguh lapaq nasi lemak.. pagi ni team kami siap awal n yang terawal sampai di kedai makan untuk breakfast. Tapi memang sangat kecewa sebab rupanya diorang bawak kitorang ke kedai yang sama kitorang breakfast semalam.omg!!! adakah ini bermaksud kami akan menghadapi cycle yang sama macam semalam? Tunggu lama hanya untuk beberapa keping roti canai dan beberapa set pulut ayam. My frens queue untuk pulut ayam, the rest order air n book meja. I help clearing the table (yang pekerja lambat nak angkat pinggan mangkuk dan sisa makanan orang sebelum kami).

     Penantian untuk pulut ayam takes longer than we expected 😭😭😭. Tapi nasib baik i tak order pulut tu. Not my favourite la pulut ni. I takot perut masuk angin. Lagipun ayam goreng tu tak menepati selera i. Ianya garing tapi tak masin. Tapi diorang berselera je makan haha. Harini breakfast my fren belanja, i pergi tolong bayarkan. Total 235 baht.

     Then i pergi mintak makcik kedai tu bungkuskan sedikit nasi putih dan sup untuk baby. Makcik tu boleh pulak angkat tangan dengan isyarat "sekejap!" Dengan sangat tak mesra pelanggan. I ingatkan dia sebok nak buat apa..rupanya dok call somebody by phone. Then i say it again "tolong bungkuskan nasi sikit n sup ye makcik". Dia masih dalam situasi sama, i cuba sabar lagi.then baru dia berganjak dari meja cashier tu pastu bergerak ke kiosk nasi. I ingatkan dia memang nk bungkus dah.rupanya dia boleh lagi dengan lembapnya kemaskan pinggan mangkuk atas meja sambil2 masukkan sisa makanan dalam plastik sampah. I dok berdiri depan dia kot :(

     Masa tu dalam hati i dah menjerit "makcik oii!! Cepat la bungkuskan nasi tu! Im customer ok. Dont make me wait seeing u doing something unimportant right now!" Geram betul i. Pelanggan dok tunggu dia boleh pulak terhegeh2 buat benda yang tak urgent pun pada masa itu. Langsung tak hargai customer. I bukan nak kurang ajar dengan orang tua tapi Ya Allah sejak semalam lagi i perasan makcik ni punya la lambat layan customer. Nasib i ni jenis penyabar ok. Kalau dengan kawan i, memang masak dah kena sound makcik ni. (Rupanya hari sebelum tu memang kawan i kena sebijik macam i jugak tapi kawan i p sound direct makcik tu "makcik! Saya bukan nak tunggu kat sini ye..saya nak kena pi jaga anak saya pulak nu!!") Huuuu memang tak dapat diterima akal betul la dengan situasi tu. Uoll bayangkan la kawan i yang lagi sorang tu queue dekat 15 minit hanya untuk ambil mee goreng . Barisan tu cuma ada 4 orang bukannya 40 orang.aiyaaa 😠😠

     Ok setel hal breakfast. Now lets go to the 7 heaven. Tempat bergambar yang cantik di krabi katanya. Dan memang cantik pun haha ntah berapa ratus kami bergambar kat situ. Tunggu i upload gambar nanti ye 😍😍

cantik kan? huhu rasa macam tak nak balik. tapi bercinta jugak la nak panjat naik..tinggi di puncak ni (sigh). Ada la terbakar banyak kalori kali ni.

     Pastu petang kami dibawa pulak untuk naik gajah..bayarannya 500 baht..mahal sikit. Mula2 i macam malas nak naik sebab takut dan tak berminat. Tapi disebabkan semua kawan2 naik, so i follow ajela.. masa sampai tempat gajah tu..aduhaii tutup hidung je sebab bau gajah or maybe tahi gajah sangat la busuk. hmmm i hate that. Dah tu hujan lak turun so terpaksa la beli baju hujan pulak 50 baht. Tak best naik time hujan sebab ambik gambar pun nampak warna raincoat je. 

Perkampungan gajah

Ini orang lain. bukan i. Tengok la diorang rilek ja naik. i ni punya la takut huhuhu

     I punya la takut huhu. masa nak naik kena pijak kulit gajah pun geli yang amat hahhaha pastu angkat kaki pijak kerusi je..tak sanggup nak letak kaki kat badan gajah. Member i rilek je. Tapi mula2 tu kami pegang besi kerusi tu punya la kuat haha. Disebabkan hujan dan goyang2 ja dok atas gajah so i memang tak berani la nak bawak keluar hp untuk selfie. Takut hp jatuh. So hanya mengharapkan ihsan pasangan gajah lain tolong amik gambar kitorang dari atas bangsal. Ada la gambarnya tapi i malas nak upload kata sini hihi uolls tengok sipi2 dah la ye. Saat paling ngeri ialah bila gajah turun ke dalam sungai hahhahaha Tuhan ja tahu macam mana perasaan i. huuu takot gila. ada la dalam 5 ekor gajah turun bersama masa ni. Pastu ada yang suruh gajah diorang sembur air kat kitorang.. jahatt ooi haha

Ok yang depan pakai raincoat hijau kuning tu i dan kawan. Gajah ronda2 kebun getah. 

Friday, May 27, 2016

Awak wangi x?

     Hidung saya sangat sensitif dengan bau samada wangi atau sebaliknya. Jadi sangat kurang selesa bila berada di tempat awam sekiranya orang di sebelah saya berbau tidak enak. Paling sedih bila menonton wayang selama 2 jam lebih, saya terpaksa menutup hidung bila terbau sesuatu yang mengganggu pernafasan. Macam2 bau ada. Bau badan. Bau mulut la. Bau masyam masyin la..uiih nk muntah bila teringat.. Terpaksa standby perfume dalam beg. Tandas awam? Lagi la saya nak mengelak 😭😭😭 tahan selagi boleh..faham2 la tandas awam kat melesia ni macam mana.harap tandas kt rnr or hotel ja ok..kalo kt petrol pump, omg..boleh muntah hijau..

     Antara yang saya paling tak boleh lupa ialah semasa saya singgah di satu masjid baru dan cantik di sebuah negeri di utara. Ada seorang makcik (panggil makcik la sebab dia ada anak2 dalam lingkungan umur sekolah rendah) pun nak ambik wuduk. Pada masa tu saya dah pun buka paip, dan dia nak tanggalkan tudung. Sebaik saja dia tanggalkan tudung tu, saya hampir MUNTAH 😱😱  Ya Tuhan!!! Baunya tak boleh nak cakap..bau kepala dan bau peluh bercampur kot (tengah taip ni pun rasa nak muntah ooi - dia punya memori tu memang sampai mati). Seorang perempuan, ibu dan isteri saya rasa..patutkah berbau sebegitu???? Islam tu amat mementingkan kebersihan. Ya Rabbi, istighfar banyak saya lepas tu..memikirkan bagaimana suami dan anak2nya boleh bertahan..memang dah immune agaknya 😢😢😢

     Tolonglah gadis2, wanita2 dan ibu2 di luar sana, praktikan la nilai2 bersih dalam hidup anda. Kalo bilik or rumah awak bersepah pun, at least kalau nak keluar rumah tolonglah sembur perfume walaupun kamu tak mandi atau tukar pakaian bersih sekali dengan yang dalam2 tu. Jangan sampai berlumut.pleaseee demi kesejahteraan dunia sejagat. I beg uolls 😎😎