Friday, May 27, 2016

Awak wangi x?

     Hidung saya sangat sensitif dengan bau samada wangi atau sebaliknya. Jadi sangat kurang selesa bila berada di tempat awam sekiranya orang di sebelah saya berbau tidak enak. Paling sedih bila menonton wayang selama 2 jam lebih, saya terpaksa menutup hidung bila terbau sesuatu yang mengganggu pernafasan. Macam2 bau ada. Bau badan. Bau mulut la. Bau masyam masyin la..uiih nk muntah bila teringat.. Terpaksa standby perfume dalam beg. Tandas awam? Lagi la saya nak mengelak 😭😭😭 tahan selagi boleh..faham2 la tandas awam kat melesia ni macam mana.harap tandas kt rnr or hotel ja ok..kalo kt petrol pump, omg..boleh muntah hijau..

     Antara yang saya paling tak boleh lupa ialah semasa saya singgah di satu masjid baru dan cantik di sebuah negeri di utara. Ada seorang makcik (panggil makcik la sebab dia ada anak2 dalam lingkungan umur sekolah rendah) pun nak ambik wuduk. Pada masa tu saya dah pun buka paip, dan dia nak tanggalkan tudung. Sebaik saja dia tanggalkan tudung tu, saya hampir MUNTAH 😱😱  Ya Tuhan!!! Baunya tak boleh nak cakap..bau kepala dan bau peluh bercampur kot (tengah taip ni pun rasa nak muntah ooi - dia punya memori tu memang sampai mati). Seorang perempuan, ibu dan isteri saya rasa..patutkah berbau sebegitu???? Islam tu amat mementingkan kebersihan. Ya Rabbi, istighfar banyak saya lepas tu..memikirkan bagaimana suami dan anak2nya boleh bertahan..memang dah immune agaknya 😢😢😢

     Tolonglah gadis2, wanita2 dan ibu2 di luar sana, praktikan la nilai2 bersih dalam hidup anda. Kalo bilik or rumah awak bersepah pun, at least kalau nak keluar rumah tolonglah sembur perfume walaupun kamu tak mandi atau tukar pakaian bersih sekali dengan yang dalam2 tu. Jangan sampai berlumut.pleaseee demi kesejahteraan dunia sejagat. I beg uolls 😎😎

Monday, May 23, 2016

Green tea with mint leaf

     Hai selamat malam..sebelum tidur jom minum teh hijau bersama daun pudina. Teh hijau ni sangat bagus untuk kesihatan sebab kaya dengan antioksida. Daun pudina tu kutip tepi rumah ja. tanam sendiri hihi 

versi panas. home made

ni pulak versi sejuk. 
special served at Restoran Thai Medina, Presint 8, Putrajaya. nyaman weh. x tipu.

**jangan lupa baca doa sebelum tidur. harap2 esok bangun la ye :)


shopping online sambil berjimat di smartsaver.my

     Kalau dah namanya kaum hawa kan..belum pun masuk lagi bulan Ramadhan dah sebok usha sana sini cari beg raya hahaha.. baju raya dah setel. mata gatal pulak nak window shopping di lazada kot ada yang berkenan.
    
     Pastu ada pulak platform penjimatan terhangat masa kini apabila berbelanja online ni iaitu www.smartsaver.my

Maksudnya bila kita beli barang atau perkhidmatan online melalui laman web ni, kita berpeluang untuk mendapat ganjaran cash point dan reward point. haa best kan? beli tiket melalui AirAsia Go pun boleh dapat cash point. Antara merchant online yang terlibat ialah LAZADA, ZALORA, AGODA, GROUPON, BOOKING.COM dll.. korang tengok la dalam gambar kat bawah tu. SEPHORA pun ada.


Banyak kot kita selalu spend untuk beli tiket flight kan.tiket kan mahal...so kalau melalui ni boleh bantu kita berjimat, patutkah kita buat tak tahu je? haruslah TIDAK kan? Sapa suka diskaun macam saya sila angkat kening..wink hahaha


So setelah membeli belah di tetingkap lazada tadi, ada la beberapa handbag yang aku berkenan..siap ada diskaun tambah pulak akan dapat cash point bila berbelanja guna Mykad yang dah diaktifkan dalam program Mykad Smart Shopper ni. Rambang mata la jugak. Tapi alahaii, yang aku berkenan banyak out of stock huhu maknanya pilihan aku memang menjadi pujaan ramai orang la jugak kan hihi 

berkenannya....






sesuai bawak p hang out dengan kawan2

comel ni kalo bawak p kutip duit raya ahaks

ni pun lawa..kaler ni aku belum ada

So, setelah korang pun cuci mata kat beg2 yang cantik kat sini, korang nak tahu tak macam mana kita boleh dapat cash point dan reward point setiap kali kita berbelanja ONLINE??? Okeh aku cerita la ye..kalo korang taknak tahu pun aku nak kongsi jugak. RUGI GILER kalau korang sebagai pemegang MYKAD tak ambik tahu atau tak tahu yang sebenarnya MYKAD ni ada banyak fungsi dan salah satunya ialah sebagai loyalti kad @ kad diskaun.

Perkara pertama yang korang kena buat ialah aktifkan MYKAD korang sebagai kad diskaun dulu di sini: http://mssp-sys.aj.my/JoinUs/JoinUs.aspx?a=MkNol2DuSVRrh9%2bmrqFNhA%3d%3d

haa lepas tu korang download pulak MSS apps kat bawah ni di google store @ apps store. Ni aplikasi untuk korang berbelanja OFFLINE di kedai2 yang terlibat dalam program ni. Banyak kategori kedai contohnya kedai makan, hotel, car wash, mini market dll. Kalo korang pegi makan kat restoran dalam senarai tu then tunjuk la Mykad korang kat cashier tu. Nanti dia akan bagi diskaun dan cash point masuk dalam MYKAD korang. Tak percaya? Cubalahhhhh dulu baru tahu huhuhu


Tengok ni..bila uolls dah aktifkan Mykad n log in kat MSS apps ni..haa tengok tu NAMA dan NO IC korang akan dipaparkan kat situ. Sorry i kaburkan my name n my ic no untuk keselamatan ok huhu. tengok la tu cash point terkumpul i dah ada RM16.10 dan reward point ada 268 dah. Dalam MYKAD uolls ada banyak mana dah??? haa soklan bonus gitu haha

Korang jugak boleh layari www.mykadshopper.com untuk info lanjut.

Ada banyak lagi cerita menarik yang i nak cerita tentang MYKAD ni tapi la kita sambung in next post ok. InsyaAllah

** jangan lupa aktifkan MYKAD anda untuk jadi pengguna bijak ok.



Sunday, May 22, 2016

flamed seafood and citrus lime

Hari Ahad lepas kitorang saja nk keluar g mkn2..then ada member murah hati nk belanja makan kat Manhattan Fish Market. kitorang cuak la jugak sbb tempat mahal kan..tp dia eager gak nk belanja so hihi jom la.


tudiaa..api dalam sekam

citrus mint yg sgt sedap

yang ni pun sedappp 

Hatyai Trip 2-3 April 2016

sekitar my trip to hatyai..best jugak pegi dgn rakan sekerja termasuk my boss (omg :))

tp yg x bestnya aku x berapa sihat..bau minyak angin je satu bas..jadi x seronok la sgt nk jalan2..

x beli apa sgt pun..sekadar tshirt selai 2, souvenir, pes tomyam, bedak mistine,... eh itu je ke yg aku beli? haha baget sgt kan :)

ok la..belanja gambar makanan yg sempat kami merasa di sana n beberapa tempat yg kami sempat singgah termasuk hatyai floating market dan songkla beach...tourist guide kami terabur malaynya huhu tp faham la jugak cuma kelakar bila dia bersungguh2 nk cakap malay tu.effort mmg ada tp hancuss haha




eskrem coconut..sedap la jugak.. kt hatyai ni aku perasan dia punya buah nyok ada di mana2.punyala byk...mmg diorang komersilkan kelapa pandan ni kot..

tp kat tempat makan eskrem ni, monyet punyala byk dok berkeliaran..kalo x jaga betul2, mmg monyet tu rampas eskrem kita.huuu scary oooi..tp our travel agent dah siap sedia satu patung bantal bentuk ular..so bl kera tu (eh td monyet kan haha) datang, dia acah2 la ular tu..haa bertempiaran lari si kera2 tu..diorang takott ular..ada orang baik hati bagi monyet makan eskrem dia huhu


x reti baca aku tulisan thai ni




makcik ni jual makanan atas bot..sebenarnya x sedap pun makanan depa jual..maybe jugak makanan tu dari pagi kan. walaupun ada yg macam tgh masak or panaskan depan pelanggan.. bagi aku la, mmg xde rasa langsung makanannya..xyah la bazirkan baht korang beli makan kt sini ok...lagi satu mmg la diorang pakai tudung tanda yg diorang ni pattani n jual makanan halal..but masa org dok azan maghrib, xde pun diorang bangun g solat..aku ushar je la sambil2 merasa juadah yg dibeli tu..sampai la ke waktu isya'..mmg xde yg g solat.tp husnuzon ajela kan...aku xpe leh jamak sbb musafir kan hihi


air dijual dalam buluh..buluh tu boleh recycle tanam orkid kata sorang kakak tu yg konon hobinya menanam..layan ajela..yg pastinya aku dapat satu bekas air doremon isi teh tarik..boss belanja haha.100 baht kot harganya..bersamaan lebih kurang rm6++ duit kita pada masa kejadian


malam2 ada round bazar or mcm pasar malam kat area mn ntah..aku x igt sgt..sakit perot so xde mood nk jalan sgt..so kami lepak minum pulled hot coffee kt luar hotel  (terbuka utk org awam) 350 baht.. kalo kat malaysia kita panggil kopi tarik panas hahaha saja bagi glamer sikit air ni


haa ni tomyam thai yg kami mula2 jamah masa sampai kt hatyai..mmg sedap tp pedas huhu x tahan aku..berair abes hidung


tempat wajib singgah bagi makcik2 merangkap aku sekali la hihi i folo je ok..ada la beli makanan yg pelik2 sikit


gelang ni je ouvenir aku beli..tu pun yg lelong paling murah 50baht..lebih krg rm6 hengget.. punya la lama round tgok2 brg lain yg cantik2 tp disebabkan kekangan baget aku pejam mata je..ada lagi souvenir aku beli..tshirt captain america..tp salah saiz..saiz S dia kecik sgt..stress aku..tp tetap jugak pakai p tengok civil war haha semangat beb




Saturday, May 21, 2016

my 1st post after 4 years

as salam...

hai hihi..lama x post sbb bz n sibuk run my bisnes.. n salah satu sebab ialah lupa pasword hak2 (ntah pape kan)

disebabkan skrg tgh hot pasal khai bahar, so jom layan sudahku tahu cover by khai bahar :)

dah nak masuk ramadhan ni.. puasa dah ganti ke uolls? ganti jgn x ganti..sempat lagi ni..

k la sempena malam nisfu syaaban yg mulia ni, jom sama2 kita baca yasin dan berdoa yg baik2 utk diri kita, mak ayah, keluarga, sedara mara, jiran sebelah rumah, cikgu kau yg kau pernah cari gaduh dlu dll.. semoga segala urusan kita dipermudahkan. (abaikan pasal khai bahar kat ats tu ok- mlm ni kt tumpu pd ibadat ok)