Hidung saya sangat sensitif dengan bau samada wangi atau sebaliknya. Jadi sangat kurang selesa bila berada di tempat awam sekiranya orang di sebelah saya berbau tidak enak. Paling sedih bila menonton wayang selama 2 jam lebih, saya terpaksa menutup hidung bila terbau sesuatu yang mengganggu pernafasan. Macam2 bau ada. Bau badan. Bau mulut la. Bau masyam masyin la..uiih nk muntah bila teringat.. Terpaksa standby perfume dalam beg. Tandas awam? Lagi la saya nak mengelak ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ tahan selagi boleh..faham2 la tandas awam kat melesia ni macam mana.harap tandas kt rnr or hotel ja ok..kalo kt petrol pump, omg..boleh muntah hijau..
Antara yang saya paling tak boleh lupa ialah semasa saya singgah di satu masjid baru dan cantik di sebuah negeri di utara. Ada seorang makcik (panggil makcik la sebab dia ada anak2 dalam lingkungan umur sekolah rendah) pun nak ambik wuduk. Pada masa tu saya dah pun buka paip, dan dia nak tanggalkan tudung. Sebaik saja dia tanggalkan tudung tu, saya hampir MUNTAH 😱😱 Ya Tuhan!!! Baunya tak boleh nak cakap..bau kepala dan bau peluh bercampur kot (tengah taip ni pun rasa nak muntah ooi - dia punya memori tu memang sampai mati). Seorang perempuan, ibu dan isteri saya rasa..patutkah berbau sebegitu???? Islam tu amat mementingkan kebersihan. Ya Rabbi, istighfar banyak saya lepas tu..memikirkan bagaimana suami dan anak2nya boleh bertahan..memang dah immune agaknya 😢😢😢
Tolonglah gadis2, wanita2 dan ibu2 di luar sana, praktikan la nilai2 bersih dalam hidup anda. Kalo bilik or rumah awak bersepah pun, at least kalau nak keluar rumah tolonglah sembur perfume walaupun kamu tak mandi atau tukar pakaian bersih sekali dengan yang dalam2 tu. Jangan sampai berlumut.pleaseee demi kesejahteraan dunia sejagat. I beg uolls 😎😎
No comments:
Post a Comment